Ahad, Julai 13, 2014

15 Ramadhan 1435H

Asalnya rasa nak bercerita pasal umrah, tapi entahlah, hati tak terasa nak berkongsi apa apa lagi. Lagipun bila difikirkan, siapa je yang akan baca. Sedar tak sedar dah masuk pertengahan bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah selesai juga urusan umrah, dan dah 5 hari aku pulang ke Malaysia ni. Rupanya dah 20 hari dari last post aku yang lepas. MasyaAllah, cepatnya masa berlalu. Sekarang pun dah masuk bulan Julai, 7 bulan dalam tahun 2014. Kebiasaannya bulan 7 ni lah bulan yang dinanti-nanti. Tapi tahun ni, terasa begitu terseksa pada bulan 7 ini.

Birthday tahun ini, 7 Julai 2014 jatuh pada bulan Ramadhan, agak hampir dengan tarikh aku dilahirkan 29 tahun lepas. Aku dilahirkan 18 Syawal 1405H. Kalau ikut calendar Islam, genap tarikh itu, umur aku dah mencapai 30 tahun sebenarnya. Tapi tarikh 18 Syawal 1435H tahun ini, pastinya akan menjadi tarikh yang paling menyedihkan dalam hidup aku.

Entahlah kenapa sejak balik ke Malaysia ni, hati menjadi rapuh. Buatkan aku selalu tertanya kenapa ya Allah kau hadirkan rasa ini? Adakah ada petunjuk? Tapi mustahil. Semuanya permainan hati sahaja. Terasa penat melawan hati, tercari-cari kebaikan dari semua perasaan yang hadir. Tapi tak ketemu. Alangkah baiknya sekiranya tak perlu lagi pulang ke sini. Sampai tercari-cari cara untuk aku terus pergi dari sini, agar tidak terus memikirkan hal-hal yang tidak logik. Bolehkah dengan hanya berdoa sesuatu itu boleh dicapai? Boleh kah dengan hanya bertawakkal sahaja? Semuanya tak mungkin, mustahil kalau tiada usaha dibuat. Tapi macam mana mahu berusaha bila semuanya ditolak, ditutup. Allah, hati terasa penat, boleh saja fikir untuk berputus asa, tapi Allah tak akan redha dengan orang yang berputus asa dengan nikmatnya.

Lepas satu persatu Allah tarik dari hidup ini. Entah berapa lama lagi hati ini harus bertahan diuji. Balik saja dari umrah, aku bertemu pakcik. Kalau dulu aku lebih selesa panggil papa. Sepanjang perjalanan, terasa sungguh sebak, hati meronta-ronta mahu menangis tapi aku tak mahu mereka lihat aku begitu, aku kuatkan juga. Sampai di rumah, aku serahkan semua barang-barang, aku serahkan juga barang yang aku niat untuk bagi dari umrahku, Al quran, buah kurma dan buah tin. Entah kenapa ya Allah, aku masih memikirkan kebahagiaan orang lain, teringatkan barang-barang kesukaan orang lain, walau tahu hati ini ditolak, tahu tiada apa yang boleh aku harapkan untuk balasan. Setidaknya aku fikirkan, semuanya kerana rasa hormat, rasa sayang pada orang yang aku pernah anggap seperti keluarga sendiri. Aku sayangkan papa, banyak berkorban, papa paling banyak membantu usaha selama ini.

Semasa di rumah perasaan semua seperti sangat kaget, tak tahu nak masuk atau tunggu di luar. Papa minta aku tolong perbetulkan Astro di TV nya, aku turutkan sampai elok. Selesai itu, papa ajak petik buah manggis, sekali lagi rasa sebaknya, sebab aku rasakan, inilah kali terakhir aku akan bertemu mereka, bersama-sama papa. Sebaknya sampai tak sedar menitis air mata sambil mengait buah. Terharu, terima kasih ya Allah sebab dia masih melayan aku dengan baik. Cuma kuatkanlah hatiku untuk redha atas semuanya, buangkanlah sisa-sisa perasaan, sisa-sisa harapan yang masih ada dalam hati ini. 

Aku pernah berniat mahu perbetulkan diriku, aku pernah bernazar untuk perbaiki diriku sebelum menjadi suami kepada isteriku, dan mungkin inilah harganya, inilah ujian untuk pengorbanan aku. Biarlah tiada manusia yang faham isi hatiku, tiada yang faham keputusan dan tindakan aku, aku serahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah, Allah tahu semuanya tanpa perlu aku jelaskan. Allah, terimalah ibadahku, telah aku serahkan hidupku untukmu, aku serahkan hartaku untukmu, aku serahkan takdirku mengikut ketentuanmu. Terangilah hidupku, keluarkan aku dari kegelapan, bimbinglah aku ke jalan yang kau redhai. Aku tahu ya Allah, kau punya perancangan yang lebih baik untuk ku, aku mohon maaf andai tidak bersabar untuk akhiri semuanya, kau permudahkanlah, kau sembuhkan lah hatiku, kau berilah petunjuk bantu aku untuk redha, sememangnya sekarang cuma ada Allah tempat bergantung, tiada lagi manusia yang boleh ku harapkan. Aku mohon ampun ya Allah. Jadikan lah aku hamba mu yang Istiqamah, janganlah kau jadikan ibadahku suatu yang sia sia.

Sudah sampai waktu untuk aku pergi. Ini pasti yang terakhir. Semoga Allah anugerahkan kebahagiaan kepada semua. Assalamu'alaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan