Isnin, Jun 23, 2014

Roller Coaster

Lama tak update blog ini. Memandangkan hari ini datang kerja suka-suka je, jadi terasa nak hidupkan balik blog ini. Hari ni 23 Jun 2014, setahun lebih dari last post. Hehe

Ok, ROLLER COASTER. Rasanya hampir semua orang pernah naik roller coaster ni. Rasa-rasa last naik pun dah bertahun lamanya. Almost 10 tahun kot. Huhu.. kenapa tiba-tiba roller coaster?

Emm, hidup aku ni umpama roller coaster, sekejap kat atas, sekejap kat bawah. Dan sekarang rasanya aku betul-betul di tempat paling bawah dalam track roller coaster tu. Kalau siapa perasan, masa roller coaster tu baru nak start, dia nak naik, dia daki, punya la slow kan? mesti dalam hati fikir, boleh ke nak naik ni, boleh ke tahan roller coaster ni, then bila dia dah sampai puncak, roller coaster tu berhenti sekejap, stabil sikit, lepas tu tengah tengah tenang, tiba-tiba je terus jatuh menjunam dengan lajunya. Haha, macam tu la aku bayangkan hidup aku.

Nak naik punya la payah, punya lah lama, berbagai persoalan ditempuh satu persatu, then bila dah stabil kat puncak tu, sekejap je tenangnya, mungkin sebab dah tak banyak halangan nak tempuh, sampai jadi bosan agaknya duduk di puncak, sampai sendiri cari halangan cari masalah, then tiba-tiba dalam tak sedar terus jatuh menjunam dengan lajunya sampai tak boleh nak stop, tak boleh nak kawal. Dan sekarang dah tersembam kat bawah. Huhu, Ok tu je cerita roller coaster.

Cerita lain lak, lagi 5 hari aku nak berangkat ke Mekah. Sebelah kaki dah kat sana dah, cuma tinggal baki beberapa hari ni je lagi yang perlu aku tempuh. Kepala semua dah tak ada kat Malaysia ni. Tak sangka, dari angan-angan, niat nak pergi, tahun ni nampak semuanya dipermudahkan untuk aku ke sana. Punya ramai orang lain tak dapat Visa, kena tunda Umrah, tapi aku dapat semuanya, visa lulus dengan pantas, tarikh tak tunda. Alhamdulillah, syukur sangat.Yup, jangan pandang rendah pada DOA. InsyaAllah termakbul juga hajat aku untuk ke sana.

Cuma risaunya, aku pergi bersendirian. Kalau dulu berangan nak bawa isteri, tapi apakan daya, belum sampai jodoh lagi, Allah rancang yang lain untuk aku. Jadi sebagai hamba, kena lah belajar redha walaupun pahit, telan la. Tapi tu lah, aku tak telan, aku kemam dalam mulut lama-lama, haha, entah bila baru dapat telan. Aku harap Allah terima aku sebagai tetamunya tahun ni. Harap Allah terima niat aku untuk berhijrah, yakin je perancangan Allah itu lebih baik dari kehendak aku. InsyaAllah.

Ok kalau perasan, Roller Coaster bila dah jatuh, dia naik balik kan? Jadi insyaAllah hidup aku pun sama, akan naik balik. Cuma mungkin masanya belum tiba, tapi pasti akan naik semula. Yakin je dengan aturan Allah. Hehe. ok lah, lapar. Lunch jom :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan