Selasa, Mac 12, 2013

tenang

Sudah masuk 3 bulan dalam tahun 2013.
Tak sangka lansung, tahun ini memang beri banyak cabaran, dugaan dalam hidup aku. baru 3 bulan, aku dah rasa nak tamatkan cepat-cepat tahun ini. masalah kesihatan, kerja, wang, & cinta,  semuanya datang menimpa-nimpa.

Dari awal tahun, aku dah mula dapat sakit. Entah dah berapa kali aku demam dalam 3 bulan ni, batuk tak henti-henti, sampaikan aku dah rasa normal sangat sakit tu semua. Sudah tak rasa terkejut pon kalau tiba-tiba darah keluar dari hidung, tekak. Macam-macam jenis ubat dah makan, moden, tradisional semuanya sama. Sampaikan masuk pejabat pon kawan-kawan perasan, makin pucat, lesu, makin kurus. Ada masanya jantung rasa berdegup kencang sgt, sampai rasa boleh dengar sendiri degupan jantung. Tahun ni jugalah kali kedua masuk hospital, buat pemeriksaan jantung.

Kerja, sampai bila pon tak akan habis. sabtu ahad kerja, siang malam, ada yang sampai pukul 2-3 pagi pon kerja. lepas satu-satu tugasan kena disiapkan, kelas, ujian, aktiviti sampingan lagi. lansung tiada masa untuk berehat. Balik rumah mesti dah penat sangat, tambah lagi dengan badan yang tak pernah sihat. Terasa beban sangat sampaikan lansung tiada motivasi untuk masuk kerja.

Tahun ni juga, masalah wang sangat teruk. Setiap bulan, gaji yang dapat cukup-cukup je untuk tampung sampai ke bulan hadapan. Ada sahaja komitmen yang perlu diselesaikan. Tanggungjawab kat mak ayah, adik beradik, mesti didahulukan. Berharap sangat tahun ni dpt belajar untuk menjadi org yg lebih pandai mengurus wang agar tidak menyusahkan orang lain.

Akhir sekali, dan yang paling serius masalah cinta. Tahun ni memang banyak dugaan datang menimpa. Ada yang datang dari luar, dan banyak yang datang dari diri aku sendiri. Tahun ini, lansung belum lagi berpeluang untuk luangkan masa untuk Emil. Memang banyak menguji kesabaran aku dan Emil. Aku cuma berharap semuanya dapat kembali seperti asal. Kembali normal. Banyak sangat kesalahan aku dalam menghadapi dugaan ini. Baru aku paham, kata org tua, tempoh bertunang memang sangat menduga. Aku benar-benar nekad untuk mahu berubah, perbetulkan satu persatu kesalahan aku.

Banyak yang aku fikirkan, buatkan aku kembali sedar, buat aku mahu insaf. Sekarang bila hati sangat resah, aku cuba lawan dengan mendengar, baca Al-Quran. Aku mahu khatamkan lagi Quran pada tahun ni. Aku tak mahu ponteng solat lagi. Aku cuma mahu hati aku kembali tenang. Semuanya aku berserah pada Allah. Berharap aku dapat terus bersabar, tabah dalam menghadapi hidup ini. Kadang-kadang aku tewas juga, aku sedar diri aku lemah, tidak sempurna. Aku sedar, aku cuma kena redha, tabah walau apa sekali yang terjadi. Aku berharap Allah bantu aku dalam mengharungi saki baki hidup aku ini. Allah lebih tahu semua yang baik untuk hidup aku. Berharap aku berjaya tergolong dalam orang-orang yang sabar.

2:153

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"

(Surah Al-Baqarah ayat 153)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan