Rabu, Mac 13, 2013

musibah

Petang tadi dengan tidak sengaja, kaki aku terseliuh semasa main bola. Memang sakit sangat la terseliuh tu, tak pernah lagi dalam hidup aku terseliuh mcmtu. Secara semulajadi aku sangat tidak suka pergi ke hospital, tapi risau punya pasal, tadi pegi jugak la ke hospital. Nasib baik lepas di x-ray, doctor cakap kaki terseliuh sahaja. Sikit lagi nak retak. Lega sangat bila doctor cakap macam tu.

Then doctor pon mula la tulis ubat-ubat yang perlu. Doktor bagi ubat tahan sakit, ubat sakit perut (sebab doctor cakap ubat tahan sakit tu akan bagi efek kat perut), ubat bengkak, ubat sapu dan bandage. Bila pergi ke farmasi hospital tu, staf ckp, bandage tak ada, kena beli sendiri di farmasi luar. Haishh, tak pernah lagi aku kena kes macamni, kena beli sendiri di luar. Tapi takpe la, as long ada ubat-ubat yang lain pon dah ok dah.



Jadi sebelum balik tadi, aku pon singgah la ke guardian, nasib baik buka lagi, dapat la beli bandage. Tapi masalahnya, aku tak pandai nak ikat bandage tu. Terpaksa la belajar sendiri dari internet. Nasib baik zaman sekarang mudah, kalau tak tahu, boleh rujuk je ke youtube. Hasil dari pencarian tadi, aku pon jumpa la video kat youtube. Jadi hari ini aku belajar satu ilmu baru. cara-cara membalut 'bandage' pada buku lali a.k.a ankle.

Ini lah dia video yang aku rujuk


Gambar ni pon berguna juga.

Ini lah hasil balutan aku sendiri. Entah kali ke berapa baru menjadi pon aku tak ingat. Nampak je mudah, tapi ;ama jugak nak balut benda ni. Hehe, harap-harap tak ada la serius sangat sakit ini. Aku nak cepat-cepat sembuh, nak main bola hujung minggu ini. 

Hehe, burok sangat. Dah la penuh bulu.

P/S: "Ya Allah ya tuhanku, kau sembuhkan lah sakit ku ini, dan kau sembuhkan la sakit-sakit ku yang lain. Hanya kau lah penyembuh segala penyakit." - Amiiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan