Rabu, Mac 13, 2013

karutan

Selalu rasakan diri ini ditinggalkan di saat memerlukan. Bersedih mengharapkan simpati, perhatian yang tak kunjung tiba. Diri dibiarkan keseorangan tidak dihiraukan. Walau ada ramai kawan yang hadir, tetap tidak dapat melenyapkan harapan, mengharap dari seseorang yang tidak endah. Berangan agar dapat membaca fikiran, cuma untuk mengenal diri sendiri dari hati orang lain. Adakah dia ada perasaan yang sama seperti perasaan aku terhadapnya?

Hati terpaksa diajar untuk terus tabah. Di lawan agar tidak mengikut hawa nafsu. Belajar untuk lebih redha. Sukar tapi, itu sahaja pilihan yang tinggal. Terdetik di saat kerinduan untuk cuba berhubung. Tetapi hati sangat takut akan jawapan yang mungkin diterima. Takut untuk berdepan dengan kebenaran. Hati ini belum lagi mampu untuk menghadapi kemungkinan itu.

Saat ini, hanya doa menjadi teman. Menemani agar tidak terus hanyut dibuai perasaan. Tiada apa yang kekal melainkan Dia. Sentiasa memberi aku petunjuk, bimbing aku dengan cara yang tidak pernah terlintas di fikiran. Saat sedih, pasti akan muncul keadaan yang mengajar aku untuk menghadapi kesulitan. Di radio, Tv, bahan bacaan, internet, banyak yang aku terima sesuai dengan keadaan.

Aku dapat rasakan, aku tidak berseorangan. Aku pasti Dia sentiasa ada menemani aku, sentiasa beri peluang kepada aku untuk mengubah diri ini. Biarlah tiada insan di dunia yang dapat menerima aku kembali, tidak memaafkan dosa-dosa aku yang lalu. Asalkan aku ada Dia, aku tidak akan putus asa. Hanya kepada Dia aku bermohon, hanya Dia yang dapat membaca segala isi hati. Keampunan Dia yang lebih penting dari segalanya. Aku bermohon untuk terus kuat, dan tabah dalam segala kemungkinan. Daripadamu aku datang, kepadamu aku akan kembali nanti. Tunjukkan la aku jalan kebenaran.



AdaMu - Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Kubangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Kubangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Lagu peneman di saat kesedihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan