Khamis, Mac 14, 2013

dugaan

Hari ini aku habiskan hampir satu hari kerja duduk di hospital. Buat medical checkup.
Asalnya nak buat medical checkup biasa-biasa je. Tapi benda yang tak dijangka pula yang jadi.

Start dengan filem x-ray dada. Boleh kira doctor 3 kali bangun then duduk then bangun, tengok filem x-ray kat skrin cahaya tu. Dia ckp ada something yang tak kena dengan filem tu, and start tanya soalan-soalan pelik kat aku. Hati aku dah mula tak sedap dah waktu tu.

Kemudian doctor tengok pula result darah dan air kencing. Terus doctor tanya selalu makan benda masin ke? Hmm, aku pelik sangat, then jawab la takda pon. Dia cakap, garam dalam badan too high, banyak kali jugak dia ulang. Sambil melawak dia suruh aku jangan makan garam, makan nasi. Aku pon iya kan je la.

Lepas dari tu doctor check result nafas paru-paru, dia tanya kenapa tak boleh hembus nafas lama-lama? Aku pon cakap la tak biasa lagi nak hembus guna alat kat hospital tu, then doctor pon ok je la sambil buat muka tak puas hati.

Terus dia check degupan jantung. Kat sini yang paling tak best. 1st try doctor check, dia buat muka, then dia try sekali lagi. 2nd try pon still macam tak puas hati. Then dia suruh aku gerak rapat sikit, suruh aku buka sikit baju, dia check guna stethoscope kat dada, then kat belakang badan. Banyak tempat dia check. Lepas tu dia pegang lengan, check nadi pulak. Last-last baru dia cakap, 'your pressure is low, jantung low, nadi pon sama low'. Aku dah tak sedap hati sangat time ni. Nurse kat sebelah cuba meyampuk cakap 'mungkin dia muda lagi doctor, dia penat ke?' tapi doctor dengan serius dia cakap tak, bukan sebab muda, dia pon pelik kenapa low sgt. Dia tanya sebelum ni ada pernah pegi check ke? Aku malas nak cakap pernah, so aku cakap la tak pernah check. Huhu..
(Tapi sebenarnya masa pergi jumpa doctor lain waktu sprained ankle tu, benda yang sama dah jadi. Doctor tu pon ambil 2 kali result denyutan jantung. 1st try dia tanya ada sesak nafas ke? Then aku cakap la tak. 2nd try dia suruh aku tarik nafas dalam-dalam then baru dia guna result tu.)

Lepas tu doctor start tanya soalan pelik-pelik, tanya ada bengkak-bengkak ke kat badan? Kat kaki? Kat tangan? Perut? Belakang badan? Buku lali? Haishh, banyak tempat dia tanya, aku jawab tak je semua. Doctor tak puas hati, dia tanya lagi, betul-betul ke takda bengkak-bengkak semua? Aku jawab tak jugak. Memang pelik sgt soalan tu sebab takda pon dalam borang checkup tu pasal bengkak-bengkak. Then Doctor tanya, ada pendarahan tak kat hidung, mulut? Aku cakap la ada. Doctor tanya waktu tu demam ke? Aku cakap tak, aku cakap waktu normal tak demam, kadang-kadang 2-3 hari berturut bila bangun tido jadi macam tu. Then doctor suruh nanti ada masa, pegi check benda tu. Huhu, malas.

Then lepas tu doctor suruh datang balik nanti, kena ambil darah lagi. Doctor tak nak sign borang tu, dia nak tunggu result darah nanti. Dalam 2 minggu baru dapat result. Jadi dalam 2 minggu lagi, aku ada appointment dengan doctor balik.

Balik je dari hospital, aku terus search internet, and apa yang aku jumpa, sangat mengecewakan. Aku rasa terkejut sangat dengan apa yang aku jumpa. Baru aku paham semua soalan doctor tadi. Aku jumpa satu penyakit dan hampir semua simptom penyakit tu ada kat aku kecuali bengkak-bengkak di badan tu je yang takda. Hmm, harap-harap itu semua kebetulan sahaja.


Ya Allah, aku bermohon agar kau berikan aku kesihatan dan jauhkan aku dari segala penyakit yang mudarat. Aku mohon ampun kepadamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan