Sabtu, April 06, 2013

New Hope

Hehe, agak lama tak update blog ni. Rasa rindu plak nak menulis.
Sambung dari post sebelum ni, hari rabu minggu lepas, segala masalah antara aku dengan keluarga tunang aku boleh diakatakan hampir selesai semuanya. Aku memang dah lama plan nak buat semua ni, siap ambil cuti 4 hari lagi semata-mata untuk selesaikan masalah ni. Ye lah, selagi tak selesai, nak bekerja pon tak fokus, nak buat apa-apa pon tak senang. Asyik susah hati je.

Hari rabu tu, aku cuba selesaikan sebanyak mungkin kerja yang aku perlu buat. Pergi hospital amik darah, pegi bank nak discuss pasal loan, pegi kedai emas, ambil barang yang aku tempah, then last sekali pegi rumah papa tunang aku, nak berbincang dengan family dia. Sepanjang waktu tu, memang rasa berdebar-debar sangat hati. Alhamdulillah semua datang berbincang hari tu. Malam tu semua org dapat peluang untuk meluahkan semua yang terpendam. Walaupun ada satu dua yang aku kurang senang, tapi aku terima je lah, malas nak panjang-panjang kan lagi. Bagi aku, biarlah mereka semua puas hati. Aku harap tiada lagi masalah lagi antara aku dengan mereka semua selepas ini. Aku benar-benar berharap semuanya habis kat situ. Lepas dah dapat kata putus malam tu, aku harap lepas ini dapat hidup dengan tenang, tak nak dah runsing-runsing lagi.

Hujung minggu tu pula, ada family day kat Teluk Batik. Hehe, memang excited sangat nak pegi. Aku memang SUKA GILA mandi pantai! Setiap kali nampak pantai, memang geram je nak mandi. Hehe, tapi banyak kali jugak sebelum ni pegi dekat dengan pantai, tapi tak mandi-mandi pon :-P
Dalam perjalanan nak pegi Teluk Batik tu, si tunang ajak singgak rumah. Siap bagi alasan kononnya nak mintak tolong aku betulkan laptop lagi. Yang aku pulak, pegi terus terang je cakap nak singgah nak ambil bekal. Haha, kantoi je. Last-last tak jadi bekal, terus je singgah rumah, makan terus kat rumah. Si tunang dah lama nak masakkan aku masak lemak nenas ikan masin, jadi hari tu, dapat jugak dia bagi aku makan.  Siap cakap dia saja tak nak bagi lauk tu masin sangat. Mentang-mentang la haritu doktor nasihat aku suruh kurangkan garam. Asyik tanya je cakap tawar ke tak. Hehe, ok je dia masak, sentiasa kena dengan tekak, sedap. Rugi sangat sebab tak dapat ambil gambar lauk yang dia masak tu. Memang seronok dapat orang yang sanggup belajar masak ni. Senang lah nanti kalau dah sah jadi isteri :-)

Lepas makan, terus sambung gerak pergi Teluk Batik. Sampai je hotel tu, terus check handphone. Memang dah agak kawasan tu tak de line. Haishh, kenapa la DIGI tak ada line kat tempat tu. Nak contact tunang pon susah. Bersusah payah nak dapatkan line, sampai handphone kena letak betul-betul tepi tingkap sepanjang masa nak dapatkan 1 bar line. Horror btol. Petang tu memang tak tunggu lama, aku ajak Dan pegi serang pantai. Memang dah gian sangat nak mandi laut. Siap main banana boat lagi petang tu. Air sikit punya dalam la petang tu. Tengah air pasang, tak dapat nak pegi jauh-jauh pon dari pantai. Puas sangat dapat mandi pantai. Tunang lak tertido je petang tu, lagi pon dia sakit waktu tu. Risau sangat sebab esoknya dia dah nak balik maktab dah. Malam tu dia pegi jumpa doktor, ambil ubat. Alhamdulillah dia kata lepas makan ubat tu, dapat la reda sikit sakitnya.

Malam tu pula ada majlis makan malam dengan cabutan bertuah. Hehe, memang mengharap sangat dapat hadiah grand price. Sanggup tunggu sampai habis event malam tu sebab cabutan bertuah untuk grand price buat last sekali. Last-last tak ada rezeki nak menang grand price. Tapi still menang sistem penapis air mineral. Hehe, kira ok la tu. Bila fikir-fikir balik, memang aku perlukan pon benda tu. Kalau tak sebelum ni asik keluar beli air mineral je. Sekarang dah ada benda tu, tak perlu la lagi beli air mineral di luar :-)  Esoknya ada acara sukaneka kat tepi pantai. Tapi banyak acara untuk kanak-kanak je. Aku masuk satu acara je, then terus pegi mandi pantai sampai kecut satu badan. Tapi yang paling tak best, masa mandi tu, cincin aku jatuh dalam laut. Menggelabah sangat time tu, nak cari balik cincin tu tapi tak jumpa. Sayang sangat cincin tu.. :'(

Habis semua acara, aku pon packing-packing nak balik cepat-cepat. Nak dapatkan line handphone nak contact tunang. Hehe, dah rindu sangat waktu tu. Otw balik tu, dapat la call skejap, tanya khabar dia, dah sampai mana. Aku pon sempat gak la singgah Jusco Manjung tu. Singgah solat jap, then merayau-rayau dalam tu, agak besar jugak tempat tu. Habis merayau, balik rumah mak. Esoknya balik Taiping. Ingatkan lepas dah cuti dapat la hilang stress, rupanya balik Taiping, lagi tambah stress. Banyak sangat kerja dah tunggu !!! :-(


Ni lah dia hadiah cabutan bertuah aku malam tu :-)



Emm.. sedih sangat cincin tu dah hilang :-( 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan